Thursday, April 26, 2018

Kisah Anak dan Bapak Part(3) - Erti Bahagia

Ramai yang silap
duit bukanlah lambang kebahagiaan yang sebenarnya
malah kerana wang ringgit manusia jadi binasa
terdiam seketika bila membaca isu panas di kampung
sambil menunggu ayah bersiap. kubelek2 hp..membaca isu isu sensasi di muka buku..dlm hati terdetik...apa nak jadi la dgn dunia skrg ni..
ayah segak bergaya..berkemeja kotak-kotak. aku memerhati dari jauh. sungguh terperinci ayah memasang alat pendengarannya.
ayah mmg dh lama tak dengar...rasanya lebih dari 20 tahun...dari zaman ak dibangku sekolah menengah lagi. Penyakit keturunan. Pekak dalam bahasa kasarnya. aku pun berpotensi nk jd pekak. ini pun xberapa clear sgt..kadang orang panggil pun aku tak dengar.hahaha.

aku kerja hari ni. tapi awal pagi dah masuk site.
pertama kali dlm sejarah aku merempit dalam lumpur. malam tadi hujan lebat membasahi bumi. pagi ni memang berselut la tanah. Bumi Templer ni kalau hujan turun...memang becak la tanahnya.

balik seketika ke rumah utk mengambil ayah. dah janji pagi tadi nak bawak pi pasar. bukan main seronok dia dapat keluar. walaupun pergi pasar. buka je pintu, kelihatan ayah segak bergaya
"amboi anak ayah....cantiknya. anak ayah ni bukan tak cantik...lawa tapi xlaku laku" Deep.😓😓 pertamal kali ayah lihat aku ber"safety Helmet" kaler putih gaya lagak bak seorang engineer. aku tersenyum. "Jom ayah"
hari ni suasana pasar xsesibuk hari minggu
tersenyum lebar ayah melihat ikan segar bugar terdampar dimeja market.di bilik satu persatu.Nah...dua ekor ikan kacang berjaya diraih. " ikan ni buat masak asam pedas" Menu pertama yg diorder olehnya. take Note. Aku membayarnya. bukan main suka ye dapat kua shopping.hihihi

habis tempat ikan..kami berjalan dikawasan sayur. berjaya juga makyong didik ayah makan sayur. makin hari makin bertambah sihat. tiada lagi pening2. Badan Cergas. cuma kaki je sakit akibat makan ketam & Sotong anak laki dia belanja.
"Sawi bunga xdak ka dilah"
"xde..sawi biasa ad la ayah"
sekali dia nampak sayur lobak daaaa...bukan main happy lagi muka.
"beli yang ni dilah...bubuh utk dua kali makan"
Aku memilih sayur lobak yg cantik2 ayah
matanya terpanar melihat kesegaran salad. dicapai dua biji salad diberi kepadaku.
" eh ada timun. beli dilah..buat masak kari dengan ikan termenung" tersengih ayah mengorder. aku memilih dan masukkan dalam plastik. bukan main happy ayah hari ni

kami berjalan disekitar market. membeli barang keperluan sekitar pasar borong selayang. Ayam seekor. belum fikir nak masak menu apa.mgkin rendang pedas lagi?Kurma Ayam?Kari Ayam?Sup Ayam?ahh...tengoklah selera ayah nak makan apa. Ikan Kembong utk dimasak Gulai Kari bersama timun air. Ikan Kacang Asam Pedas Bersama Bendi.
eh mana pulak ayah ni..cepat betul hilang. ohh patut laa xnampak. dok bongkok pilih apa la tu. aku berjalan menuju ke ayah. dari jauh nampak dah dok sengih ke aku. ada la tu.
"terung ceweng..hehehe..wat sambal tumis terung ceweng nah"
"bang..plastik bang" aku menggapai plastic dr peniaga. dok belek belek ke terung ceweng tuh...ntah apa cerita cinta pulak lepas ni. ada la tu yang mencuit hatinya.
"nak petai?" soal ayah
"Nak..lama xmkn petai.makan dengan sambal terung ceweng sedap ni"
ayah memilih petai. "cukup tua dah ni..amik yang ini"
usai membayar..kami berdua bergerak ke kereta. kiri kanan berbunjut plastic. sakan dua beranak shoping hari ni
dalam kepala ni dah set menu yg telah diorder.
Nasib anak ayah ni pandai masak tau..😁😁😁

bahagia yang tak terungkap
tak pernah aku rasa bahagia sebegini
inilah kebahagiaan yang aku dambakan selama ni
bukan dengan pasangan
sebaliknya aku kecapi kebahagiaan ini dengan cinta hati pertama aku
ya...bersama ayah.
terima kasih tuhan atas anugerah terindah ini. sebolehnya aku xmahu habiskan moment ini..sungguh bahagia berjalan disisi ayah. dan ayah pun xhenti senyum girang.ayah happy. aku lagi lah happy.
sejak ayah tinggal bersamaku..sedikit sebanyak membantu memulihkan aku
aku didiagnos as Depression Patient. dah lama aku mengidap penyakit ni...sudah second episod ak diserang. alhamdulillah. episod kali ini..ayahlah penawarnya. makin hari makin bertambah pulih. emosi makin stabil. cuma masalah tidur aku belum setle lagi...haishh payah sungguh nak tidur. kejap kejap jaga. makan sentraline & lorazepam pun xberkesan. doss tinggi dah tu.

tuhan..jangan pisahkan aku dan ayah
aku sayang dia
dialah penawar hatiku
kekalkan kebahagiaan ini ya Rabb.
Amin



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...