Saturday, April 28, 2018

Kisah Anak Dan Bapak Part (4) - Ada Orang Buat Salah

hari ni aku bangun awal
nak kena masak utk ayah
malam tadi ayah request nak mkn ikan kembong masak lemak dgn timun

sambil dok bertung tang kt dapur pi mengintai ayah dalam bilik
ooo...tengah siap siap nak kuar berjogging
dah dua hari dia xjogging..
aku mengapai box ubat ubatan

"Ayah...kita check Gula Ya"
ayah duduk mengadapku. dihulurkan jari utk dicucuk
"Hmmm...8.2 ni..tinggi ni"
"Ayah makan apa?"
"eh mana la saya tahu ayah makan apa...saya masak mmg dh healthy"
Aku termenung...aku salah masak ke ni..kenapa gula naik...macam ada yang xkena je

aku biar ayah keluar joging.
usai masak ak bersiap siap utk pergi kerja.
hari ni bertugas di site...banyak lagi hendak diperiksa
selang sejam kemudian..ayah balik. hari ni 3 round dia joging.

"Ayah..kita check Gula lagi ya"
ayah menurut. muka dah takut tu
"hmmm tinggi ni...11. ayah breakfast mkn roti berapa keping"
"ayah minum susu segelas dgn tiga keping roti je"

Bia Betul ni...takkan naik mendadak macam ni
aku memandang ayah dengan pandangan yang mencurigakan

"Ayah ada buat salah eh"
Ayah memandang aku tersenyum " ehehe ayah dua hari ni lebih makan nasi...tiga senduk. tu sb kot gula ayah naik"
Jemm..ayah oh ayah. " Ala...ayah saja nak test..kalau makan nasi lebih nk tengok naik byk tak"
"Ayah...nasi tu kanji..sumber Glukosa..kalau makn lebih gula naik laaa"
"yelaa...hari ni ayah makn mcm biasa balik..mkn syur sparuh nasi sesuku"
si anak ni punya la dok pikr..aku salah masuk bahan ke dalam masakan..rupa rupayaaa ada orang wat salah dalam diam. Salah menderhaka sb selera sambal ikan bilis dan sambal tumis terung ceweng. saya Tak bersalah 😫😫😫

Thursday, April 26, 2018

Kisah Anak dan Bapak Part(3) - Erti Bahagia

Ramai yang silap
duit bukanlah lambang kebahagiaan yang sebenarnya
malah kerana wang ringgit manusia jadi binasa
terdiam seketika bila membaca isu panas di kampung
sambil menunggu ayah bersiap. kubelek2 hp..membaca isu isu sensasi di muka buku..dlm hati terdetik...apa nak jadi la dgn dunia skrg ni..
ayah segak bergaya..berkemeja kotak-kotak. aku memerhati dari jauh. sungguh terperinci ayah memasang alat pendengarannya.
ayah mmg dh lama tak dengar...rasanya lebih dari 20 tahun...dari zaman ak dibangku sekolah menengah lagi. Penyakit keturunan. Pekak dalam bahasa kasarnya. aku pun berpotensi nk jd pekak. ini pun xberapa clear sgt..kadang orang panggil pun aku tak dengar.hahaha.

aku kerja hari ni. tapi awal pagi dah masuk site.
pertama kali dlm sejarah aku merempit dalam lumpur. malam tadi hujan lebat membasahi bumi. pagi ni memang berselut la tanah. Bumi Templer ni kalau hujan turun...memang becak la tanahnya.

balik seketika ke rumah utk mengambil ayah. dah janji pagi tadi nak bawak pi pasar. bukan main seronok dia dapat keluar. walaupun pergi pasar. buka je pintu, kelihatan ayah segak bergaya
"amboi anak ayah....cantiknya. anak ayah ni bukan tak cantik...lawa tapi xlaku laku" Deep.😓😓 pertamal kali ayah lihat aku ber"safety Helmet" kaler putih gaya lagak bak seorang engineer. aku tersenyum. "Jom ayah"
hari ni suasana pasar xsesibuk hari minggu
tersenyum lebar ayah melihat ikan segar bugar terdampar dimeja market.di bilik satu persatu.Nah...dua ekor ikan kacang berjaya diraih. " ikan ni buat masak asam pedas" Menu pertama yg diorder olehnya. take Note. Aku membayarnya. bukan main suka ye dapat kua shopping.hihihi

habis tempat ikan..kami berjalan dikawasan sayur. berjaya juga makyong didik ayah makan sayur. makin hari makin bertambah sihat. tiada lagi pening2. Badan Cergas. cuma kaki je sakit akibat makan ketam & Sotong anak laki dia belanja.
"Sawi bunga xdak ka dilah"
"xde..sawi biasa ad la ayah"
sekali dia nampak sayur lobak daaaa...bukan main happy lagi muka.
"beli yang ni dilah...bubuh utk dua kali makan"
Aku memilih sayur lobak yg cantik2 ayah
matanya terpanar melihat kesegaran salad. dicapai dua biji salad diberi kepadaku.
" eh ada timun. beli dilah..buat masak kari dengan ikan termenung" tersengih ayah mengorder. aku memilih dan masukkan dalam plastik. bukan main happy ayah hari ni

kami berjalan disekitar market. membeli barang keperluan sekitar pasar borong selayang. Ayam seekor. belum fikir nak masak menu apa.mgkin rendang pedas lagi?Kurma Ayam?Kari Ayam?Sup Ayam?ahh...tengoklah selera ayah nak makan apa. Ikan Kembong utk dimasak Gulai Kari bersama timun air. Ikan Kacang Asam Pedas Bersama Bendi.
eh mana pulak ayah ni..cepat betul hilang. ohh patut laa xnampak. dok bongkok pilih apa la tu. aku berjalan menuju ke ayah. dari jauh nampak dah dok sengih ke aku. ada la tu.
"terung ceweng..hehehe..wat sambal tumis terung ceweng nah"
"bang..plastik bang" aku menggapai plastic dr peniaga. dok belek belek ke terung ceweng tuh...ntah apa cerita cinta pulak lepas ni. ada la tu yang mencuit hatinya.
"nak petai?" soal ayah
"Nak..lama xmkn petai.makan dengan sambal terung ceweng sedap ni"
ayah memilih petai. "cukup tua dah ni..amik yang ini"
usai membayar..kami berdua bergerak ke kereta. kiri kanan berbunjut plastic. sakan dua beranak shoping hari ni
dalam kepala ni dah set menu yg telah diorder.
Nasib anak ayah ni pandai masak tau..😁😁😁

bahagia yang tak terungkap
tak pernah aku rasa bahagia sebegini
inilah kebahagiaan yang aku dambakan selama ni
bukan dengan pasangan
sebaliknya aku kecapi kebahagiaan ini dengan cinta hati pertama aku
ya...bersama ayah.
terima kasih tuhan atas anugerah terindah ini. sebolehnya aku xmahu habiskan moment ini..sungguh bahagia berjalan disisi ayah. dan ayah pun xhenti senyum girang.ayah happy. aku lagi lah happy.
sejak ayah tinggal bersamaku..sedikit sebanyak membantu memulihkan aku
aku didiagnos as Depression Patient. dah lama aku mengidap penyakit ni...sudah second episod ak diserang. alhamdulillah. episod kali ini..ayahlah penawarnya. makin hari makin bertambah pulih. emosi makin stabil. cuma masalah tidur aku belum setle lagi...haishh payah sungguh nak tidur. kejap kejap jaga. makan sentraline & lorazepam pun xberkesan. doss tinggi dah tu.

tuhan..jangan pisahkan aku dan ayah
aku sayang dia
dialah penawar hatiku
kekalkan kebahagiaan ini ya Rabb.
Amin



Kisah Anak Dan Bapak Part (2) - Nasi Lemak Cinta Hati

6.30am...bunyi ketukan pintu diluar bilik..perlahan lahan kelopak mata ku buka...terjengah kepala ayah dimuka pintu
"dilah...bangun..subuh ni..ayah pun terlewat bangun"
dengan malas ku capai tuala..perlahan-lahan melangkah kebilik air. aduh..mengantuk sungguhlaaaa.
usai solat subuh.. aku menggoreng telur mata..tuk disajikan bersama nasi lemak. nasi dan sambal sudah aku masak malam tadi..cuma panaskan shj..siap menggoreng ku berjalan menuju ke bilik master...apa lah ayah aku buat dlm bilik ni...oooo tidur rupanyaaa.aku mengusap lembut bahu ayah. ayah terjaga
"tak elok tido lepas subuh"..ya aku mmg suka kacau ayah tidur. menggeliat dia. aku baring disebelah ayah sambil memeluknyaaa. ayah ketawa. "ish ish montok ayah ni..kemaina manjanya" Montok. Gelaran ayah utk aku. ayah saya dh kuruslah🙄🙄🙄 " ini kalau mak mu ada...mau berbulu tengok kamu berdakap dgn ayah mcm ni"
hahaa..ye mak mmg cemburu kalau aku manja dengan ayah.
aku terus memeluk ayah. ayah menepuk nepuk bahu ku..haihh ada juga yang terlena ni
"kalau mcm ni la gayanya...kalau ayah mati pasti kamu separuh gila menangis"
"ayah...jangan laa cakap mcm tu "..sebak dadaku. aku tahu, saat itu pasti akan kulalui jua. aku berdoa agar tuhan panjangkan usia ayah. aku masih belum bersedia kehilangan ayah. keperitan kehilangan ibu tercinta belum hilang lg. sungguh aku xsanggup
aku bingkas bangun dr dakapan ayah. sediakan makan pagi. menu hari ni nasi lemak. sudah lama xbuat nasi lemak. sejak ayah duduk dgn aku...hari hari aku masak. ayah tersenyum riang
" dah lama ayah xmkn nasi waktu pagi...dari duk ipoh ke alor star. 4 bulan dah laa..ni au gula naik"
"ala ayah..bukan selalu..xkan hari2 ayah nk makan overnite oat. muak dan cemuh nt.lagipun sy dah olah rasa tu. semua berasaskan kesihatan. nasi tu saya letak minyak virgin coconut oil. lemak sihat tu. bagus utk dalaman. jadi laa...rasa juga mcm nasi lemak"
"sedap nasi lemak ni...ehehe...mkn nasi lemak ni teringat nasi lemak mkcik zimah kg kenayat"
"amboiii ayah....hahahahaha" berderai ketawa dua beranak di pagi hari.
makcik zimah janda jual nasi lemak (dulu la...skrg dh berkahwin)
masa arwah mak ada...ayah selalu singgah kedai dia beli nasi lemak. tiga bungkus. satu utk makteh. satu utk ayah.dan satu utk mak. mak pun suka nasi lemak mkcik zimah. dekat2 mak nak pergi..mak tanya ayah.." berkenan tak ke zimah tu...aku nak gi pinang dia " beria sungguh mak nak lamar mkcik zimah utk ayah. tapi ayah xmahu. tak sangka...mak beria nk mkcik zimah jadi madu dia sb dia nak ad orang jaga ayah lepas dia tiada..namun hajat mak tak tercapai...cinta hati ayah hanya utk mak..kasih sayang ayah hanya utk mak. syahdu kan
sedar2 dah licin nasi lemak dipinggan ayah
oh makyong..xpe kan sesekali buat nasi lemak utk ayah
ampun ya..haha
esok strict balik control pemakanan ayah..😁😁😁😁😁


Kisah Anak & Bapak Part (1) - Kau Pergi Tanpa Pesan

saban hari keriangan ayah dihiasi dengan bait bait lirik kau pergi tanpa pesan
"Kemanakah...
Akan ku cari
Gelap terasa.. dunia ini
Bagai tiada matahari
Kau pergi tanpa pesan
Ku nanti tiada datang
Di mana kau kini
Di mana kau kini
Aku tiada berkawan lagi
Aduh...! Aduh..!
Aduh.. duh.. duh.."
aku dengar...aku hayati...sebak didada menyelubungi hati
aku panggil ayah..rutin mingguan, Spa Kuku beliau...
"dulu tangan ni la yang selalu tarik tangan saya..potongkan kuku..sekarang tangan saya pula tarik tangan ini utk dipotong kuku"
"eheheheh...mata ayah dh xnmpak..susah nk tgok mata penyepit kuku masuk ke x."
aku memandang ayah smbil berkata " Ayah rindukan mak?"
"mana kamu tahu?"
"tadi ayah nyanyi lagi kau pergi tanpa pesan"
"eh kamu tahu ke lagu tu"
" arwah mak selalu nyanyi dekat2 dia nak pergi...xsangka ayah...mak pergi tinggalkan kita tanpa pesan..xsangka lagu tu yg dinyanyi oleh nya sebagai petanda bahawasanya dia nak pergi"...sebak. Air mata bergenang
"itu laa..ayah pun xsangka dia nak pergi. kalau kamu nak tahu..lagu tu saat pertama kali ayh dating dengan mak kamu. masa tu malam pesta beramal kt kampung bersia. En Mat kilau laa yang bawak ayah kenal mak kamu. mak kamu dtg dgn cik kesom. tp masa tu mak kamu xbyk cakap..yg beria nak kt ayah cik kesom tu haa...tp ayah xlayan sgt. ayah pun xsangka berjodoh dgn mat kamu..ehehe"
bukan main happy ayah bercerita. sambil memuji kecantikan mak masa muda2 dulu
" ayah xmau kawin lg ?"
"bagai adat...ayah xmau dh. kalau ayah kawin lain, ayah kena kerja. cari nafkah utk ank bini. ayah xmau kerja dah. ayah dh tua. masa utk ayah berehat. bia ank ank yg tanggung ayah."
aku diam membisu. begitu hebat cinta ayah pada mak. sudah byk kali aku mengajukan soalan..ayah xmau kawin lagi ke. jwpan ayah tetap sama... kesetiaannya tetap pd arwah mak
"kamu asyik tanya ayh nk kawin...kamu xde perasaan ke nak menikah?"
"hehehe...soalan cepu mas ni..ermm buat masa ni saya xde rasa langsung nak kawin. kalau sy kawin nt sape nak jaga ayah?"
" ayah balik duk kampung la"
"xde2...walau apa pun berlaku...ayah tinggal dengan sy. saya mls nak kawin. wat serabut kepala je ayah. tengok kwn2 dah kawin asyik bergaduh je laki bini.."
" biasa la tu hubgn suami isteri mcm tu laa...ada pasang surutnya. kena kawin juga...nt dah tua sape nak jaga kamu"
" ala ayah..kalau kawin pun...belum tentu psgn dan ank2 nak jaga.. tgok la zmn sekrg payah nk cri lelaki yg berkuality...yg kaki perempuan , kaki pisau cukur bersepah..sy xmau la nt sy jadi hamba laki, pagi petang siang malam cri duit sara keluarga sdgkn tok laki goyang kaki ja kt rumah...xmau la sy. rela xkawin. soal usia tua...rumah org tua bersepah ayah...cume sy sedia duit je utk byr ke pusat jagaan org tua."
sememangnya ak rasa menyampah sb ramai sgt lelaki zmn skrg jenis kikis duit bini. dan buat bini jd hamba diorg plak
" kalau ad yg nak dekat sy...saya akn letakkn syarat.. nak saya dia kena terima ayah...sb sy nak ayah duduk dgn sy smpai akhir hayat ayah...sy nak jaga ayah.."
" kamu syg ayah ke"
"haruslah sayang...sape xsayang boipren sy ni" kiri kanan pipi ayah ku cium. ak peluk. lama. ayah balas pelukan ku.kejap.
sangat mendamaikan dlm pelukan ayah
ya Allah..kekalkan kebahagiaan aku dgn ayah. panjangkan lah usia ayah agar bisa ku nikmati kebahagian aku dengan nya
mak...saya dpt rasakan mak tersenyum melihat sy.
mak jgn risau. saya akn jaga ayah semampu yg boleh. doakan anak mak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki
terima kasih tuhan atas anugerah terindah ini. kau hadiahkan ak peluang utk berbakti pada ayah setelah kau berikan peluang padaku utk menjaga arwah ibuku
Sampaikan salam rinduku pada arwah mak
AL-FATIHAH Hajjah Azizah Binti Ismail (15/11/1952-16/11/2016)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...