Tuesday, June 14, 2016

Tentang Aku Part 16 : Kerna Aku Seorang Pendosa

**Hati Yang Layu**

di anatara tanda hati berpenyakit adalah
tak rasa pape pun bila melakukan dosa

di antara tanda hati dah mati
bilamana dirinya mempertahankan sungguh sungguh dosa yg dilakukan

dan Tanda hati kau hitam
bila mana ko xdapat nak bezakan mana baik dan mana buruk
sehingga perkara yg baik kau anggap ia buruk
dan perkara  buruk itulah yang baik

tanya pada diri...bagaimana hatimu?

** Resah dan Gelisah**

pernah tanya x pada diri...

kenapa ya bila terbangun lambat pergi kerja
kite dah gelabah nak mati..bangun terkocoh kocoh pergi bersiap
tapi kenapa ya bila terlmbat bangun subuh
kite boleh wat wat rilek wat peace je kt tmpat tido
lepas 5 minit ke 5minit
last last subuh gajah kau...

kenapa bila dapat notification wassap/facebook.twitter
laju je kita buka...laju je kita reply
tapi bila masuk waktu solat...lemau je badan nak dirikan solat
facebook hari hari kita online
tapi kenapa kita xboleh "online " mengaji al quran setiap hari

kenapa kite begitu resah dan gelisah lambat lakukan urusan dunia
tp bila berurusan dgn perkara akhirat mcm seolah tiada apa apa yang berlaku

kenapa ya?

** Maksiat itu mcm coklat cadbury..menyedapkan tapi xhalal**


pernah dengar x
sekali kau dah buat maksiat...kau ketagih
kau rasa nak buat lagi..buat..dan terus buat
sebab maksiat itu xkan puas...malah bertambah haus..
kau gian nak buat..

sebab tu..jangan sesekali libatkan diri dengan maksiat
sb maksiat xkan selamanya puas..malah bertambah menggunung dosa kau
jangan biarkan diri kau dibelengu jahiliah
terus terusan mencampkkan dirimu dilembah maksiat

jadi.JANGAN BUAT MAKSIAT.

** Sempat ke nak Bertaubat **

ibrah yang aku dapat dalam perjalanan ke ampang utk menjemput adik, kakak dan abg ipar

3th June 2016, 5.45pm

alam sekeliling gelap..menandakan hujan aku turun xlama lagi
setelah siap menghantar tender..
perlahan lahan ak memandu kereta ku menuju ke ampang
fikirku..hujan ni hujan biasa je ni
boleh redah lagi ni
sebaik turun dari MEX Highway..di persimpangan bukit jalil
hujan semakin lebat mencurah membasahi bumi
alam sekeliling putih..langsung bayang bayang bangunan tidak kelihatan
jalan sesak dipenuhi kereta dan lori
sesekali abg abg motor kelihatan
kilat sambung menyambung
angin kuat...xpernah ku lihat angin sebegitu kuat

hpku berbunyi
dapat message dr abg ipar..
"hati hati..kat ampang ribut..dok line tengah..kalau boleh stop dulu..tunggu ribut reda"

jantung ku dup dap dup dap
angin diluar sana makin kencang..dedaun pokok dan ranting kayu berterbangan menampar dinding kereta...
bunyi bising diluar kereta
SubhanaAllah..hujan batu
dalam hati ni tuhan sahaja yang tahu betapa cuaknya aku...
nak stopkan perjalanan tapi xboleh..kereta ku ditengah tengah highway
aku hanya follow kereta di hadapan ku
angin smakin kuat ..tiada tanda tanda ia akan reda
aku semakin takut..air mata berjujur turun membasahi pipi kuih pau ku
saat ini..aku hanya terbayangkan saat kematian ku

sudah sampaikah ajalku?
ya Allah..Sempat ke aku nak bertaubat lagi ni
solat ak diterima ke x
Allahu...banyak sungguh dosa aku
adakan kau ampuni segala dosaku..

aku menangis...
mulutku tidak henti henti menyebut subhanaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar
semakin laju ku berzikir semakin galak air mata ku berderai

sungguh aku takut
berada di ambang kematian
lagi menambah gerun..keretaku bergoyang kuat disapa angin ribut
seolah olah mahu terangkat dan mengikuti pusingan angin

ya Allah..aku sungguh takut saat ni
ku terbayangkan dua kesayangan ku di kampung
ya Allah...andai saat ajal ku sampai
biarlah aku habis dipangkuan ibu bapaku
aku menangis

ak mengerakkan kereta ku perlahan lahan
air semakin memenuhi jalan
angin xhenti henti meniup
pokok di selekoh jalan mula bergoncang kuat
debushhh!!!
Allahuakhbar...mahu tercabut jantung ku
kereta dihadapanku dihempap dahan pokok
aku panic..terus menangis

abg abg motor berhenti
memberi bantuan utk alihkan dahan pokok
ak masih panic
sorg abg motor memberi isyarat pd kereta lain agar aku dapat mengundur kebelakang
kagum melihat abg abg motor sanggup berhujan membantu mengalihkan dahan pokok
aku bergerak perlahan lahan meninggalkan tempat kejadian

Allahuakhbar
suatu pengalaman yang amat sukar utk aku lupa hingga hari ini
masih terbayang bayang saatku diambang maut..

ibrah yang aku dapat
jangan tunggu nak mati baru nak bertaubat
mati xtunggu kau sempat ke x bertaubat
bila mana Allah berfirman 'Kun Fayakun"
maka izrail lantas mencabut nyawa kau..


** INGAT MATI **

hari ni kita lupa tentang MATI
tu yang akhirnya hati kita banyak kali mati

** TAHAJJUD ITU UNTUK JADI KUAT**

bilamana badan kau lemah xberdaya
akibat penangan dek masalah yg datang tnpa diundang

itu tandanya kau perlu bangun untuk bertahajjud

Allah turunkan musibah dekat kau
sebab dia rindu
rindu nak lihat kau bertahajjud dgn dia di sepertiga malam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...