Monday, February 1, 2016

Tentang Aku Part 8 : ISTIDRAJ..jauhkan aku dari Nikmat Istidraj

ISTIDRAJ

satu satu nikmat Allah yang paling takut untuk diterima

pernah x kita berjumpa dengan someone yang hidup mewah, murah rezeki, dapat dean list, 4.00 flat pointer,hidup aman tanpa masalah dan banyak sangat nikmat yg Allah bagi pada dia.. tapi dia xpernah solat, kaki clubbing, selalu buat maksiat,minum arak, kaki judi dan seumpama dengannya..

ramaikan...tapi kita yang selalu solat, tunaikan perintah Allah xdapat semua tu..kenapa ya??

apa kaitan istidraj dengan situasi di atas..

istidraj ni dari segi bahasa yang sangat deep..maksud nya pemberian NIKMAT ALLAH kepada manuisa yang mana pemberian itu tidak diredhainya. Nikmat kepada pembuat maksiat... dalam erti kata lain lah...pemberian yang membuatkan si pendosa ini semakin  bertambah kufur..

yala..golongan macam ini..sering merasakan Allah itu sayang kan mereka..even xsolat, xpuasa, buat maksiat sana sini tapi nikmat Allah xputus putus mereka terima..dan mereka terus terusan hanyut dengan nikmat kemewahan dunia yang Allah bagi pada mereka..sehingga mereka lupa siapa itu Allah dan memandang hina pada mereka yang beramal soleh..

sebagai contoh laa..

siti seorang gadis yang terlalu leka dengan keindahan dunia... dan aminah sorang muslimah yg sentiasa menjaga hubungan dengan Allah tapi sering dikunjungi perlbagai musibah
lalu siti memdang hina pada aminah
" eh aminah..kau solat xhenti henti.apa yg kau dapat...asyik ad masalah jer...dari dulu smpai sekarang...sepesen je baju kau..xde improvement. kau tengok ak ni haaa...xsolat berkepuk kepuk duit ak ni haa..hidup aman dan senang lenang...nk buat apa pun boleh"

Masya Allah..moga kita semua xmacam tu ok.

orang tanya wada..bahaya sangat ke istidraj tu

yes..sangat bahaya
SEBAB???
kesenangan dan kemewahan yang Allah kurniakan itu sebenarnya yang menghancurkannya. Nauzubillah hi min zalik. moga kita semua dijauhi dari nikmat sedemikian


Kisah Qarun dan kaitannya dengan ISTIDRAJ

" pada zaman dahulu, tidak ada manusia sekaya Qarun. Anak kunci gudangnya sahaja harus dibawa oleh 40 ekor unta dan tentera-tenteranya.
Qarun suka mempamerkan kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya. Qarun hanya memikirkan kesenangan dan kesejahteraan peribadinya sahaja. akibat terlalu kaya, Qarun merasakan tiada siapa dapat menasihatinya. Hanya dia yang boleh menasihati orang lain, patuh arahannya dan membenarkan segala tindak tanduknya. Bagi Qarun, harta harta itu adalah hasil dari penat lelahnya. bukan dari sesiapa. Qarun menjadi sangat angkuh dan bongkak. akibat sering menunjuk nunjuk kakan kemewahan yang dimiliki...maka timbullah rasa iri hati kepada fakir miskin sehingga mereka berbisik "mengapa kita tidak diberi rezeki dan kenikmatan seperti yang telah diberikan kepada Qarun? dimanakah letak Keadilan Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih itu?"
Lalu Allah utuskan Nabi Musa A.S untuk menyampaikan kewajipan Berzakat buatnya. Namun, nasihat Nabi Musa A.S ditolak mentah mentah, malah Qarun menyebarkan fitnah terhadap baginda.
Allah murka terhadap Qarun. Lalu dia ditenggelamkan bersama sama hartanya ke perut bumi kerana terlalu takbur dengan kemewahan yang dimiliki.

jadi dari kisah Qarun ni..
boleh disimpulkan bahawa sekiranya kita kaya dan tak solat, xtunaikan perintah Allah jangan sangkakan Allah Sayang. Qarun yg lagi kaya pun akhirnya binasa jua. jadi rajin rajinkan lah muhasabah diri...kembali pada fitrah asal kejadian manusia. apa tujuan manusia itu dijadikan.. yakni sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk berletih letihan beribadah kepada Allah swt dalam menggapai kebahagiaan di kehidupan akhirat sana..
jadi apa tujuan kita solat?
solat itu tanda kita syukur..berterima kasih pada Allah swt akan nikmat yg diberikan kepada kita.. tiada alasan untuk kita meninggalkan solat..sebab islam itu memudahkan..banyak cara solat itu boleh dilaksanakan dalam pelbagai keadaan dan situasi..jadi tiada sebab untuk anda tinggalkan solat ya

apa tujuan kita bersedekah/ berzakat?
sebab..dalam sebahagian rezeki kita ada bahagian untuk golongan yang memerlukan...bukan untuk kite seorang ja nk nikmati semua itu...lagi banyak kite memberi lagi banyak rezeki yang datang..xrugi pun kan

semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang istidraj pada Allah swt. semoga bermanfaat.
yang baik dijadikan pengajaran. yang buruk dijadikan sempadan. selamat beramal soleh ya kawan ^_^V


**nota kaki
memberi nasihat ibarat diri kita bercakap dengan cermin
yakni kita berkongsi pengetahuan sambil kita muhasabah diri, check kesilapan diri dan perbaiki diri..x semestinya pemberi nasihat itu mulia...dia manusia biasa..x sezuhud rasulullah..nasihat salah satu cara kita bermuhasabah diri..bukan sebagai medan utk perlihat siapa alim ulamak siapa yang jahat.sekian...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...