Sunday, January 3, 2016

Tentang Aku Part 6 : Rezeki - Lambat Atau Cepat

Jodoh pertemuan ajal dan maut...itu adalah rahsia Allah SWT
lambat atau cepat..hanya Dia yang Mengetahui

ikutkan hati, wada rasa nk menjerit ja bgi satu dunia tahu
tolong jangan tanya wada bila wada akan berkahwin
bilamana umur menjangkau 25 tahun ke atas bagi seorang wanita
isu kahwin ni sangat sensitif..
dan merupakan tekanan paling kuat bg anak gadis seperti wada yg masih belum berumah tangga
ad saja bisikan yang singgah digegendang telinga
anak dara tua xlaku lah
kuat memilih lah
high class punya taste
dan macam macam tohmahan lagi la yg masyarakat sering lontarkan kt golongan mcm wada yg masih belum bertemu jodoh..
kadang nak je sental mulut orang dengan cili
tapi kena ingat...kita xleh nak tutup mulut orang kan...
jadi abaikan je lah walau pahit nak ditelan...apatah lagi hendak diluah
**sob sob smbil lap air mata

ramai orang suka mempertikaikan takdir Allah
ajal maut jodoh pertemuan tu kan Rahsia Dia
siapalah kita untuk mempersoalkn urusannya
setiap orang punyai jalan cerita hidup yang berbeza
Allah dah atur baik-baik untuk setiap hamba Nya
ada diantara kita...rezekinya hadir melimpah ruah..tp Allah lambatkan mereka dengan kehadiran cahaya mata
ad orang hartanya xbanyak, rezeki cukup cukup untuk hidup
tapi Allah datangkan rezeki Anak yang ramai
ad orang Allah cepatkan Jodoh mereka tapi bertahun tahun bina rumahtangga...anak pun tiada
ada orang Allah bagi rezeki belajar smpai pandai, Allah mudahkan dia dapat kerja, bergaji besar tp Allah uji tidak bertemu Jodoh lagi
sehinggakan ad di antara kita merungut.." semua ini tidak adil " termasuklah wada
dulu..wada selalu fikir...hidup ini tidak adil
dri kecil smpi dewasa..
wada susah..hidup berlinang dengan air mata
dari masalah keluarga smpai lah masalah peribadi
teringin nak hidup bahagia mcm orang lain
rasa mcm hidup ini sungguh tidak adil
tapi itu dulu...
kenapa jadi macm tu?

" syukur dan sabar itu seperti sayap. sayap sebelah kanan adalah syukur, sayap sebelah kiri adalah sabar. jika patah salah satu nya, maka jatuhlah kita"- (Buya Hamka)

dulu wada selalu merungut itu ini..bila xsabar..maka rasa syukur itu hilang..bila kedua duanya tiada dlm diri makanya kekecewaan menemani wada sepanjang hidup

tapi siapa sangkakn hujan akan smpai ke petang
smpai bila harus membiarkan diri terus hanyut dalam kemurungan.. dan smpai bila nak biar kelukaan itu terus mengalir darahnya seperti arus sungai yang mengalir

bangunlah...jangan kerana dek MULUT ORANG YANG PUAKA kau nak sedih sedih nak nangis bagai mati laki
buat rosak mata je kan....jadi blajar erti rasa syukur. bila kau bersyukur...diri kau dipupuk erti rasa sabar

yes..mmg tertekan bila mana rakan sebaya kau dah ada anak dua tiga orang sedangkan kau bayang bapak anak pun belum nampak...dan memg akan rasa tercabar bila sepupu sepapat kau yg muda dari kau kahwin awl dari kau...dan mmg akan rasa sakit hati bila sahabat baik kau sendiri kawin awal, kemudian sound kau..umor makin ari makin tua,,xsedar diri lagi ke ..cepat cepat la cari calon...nanti umo dah 30++ tinggal duda dengan laki orang ja yg nak kawin dengan kau. ok yang ini memang tersangat lah sentap.

pergh...!! tarik nafas dalam dalam...cool and rileks okeh.
just fikir positive sahaja
orang yang cakap cm tu sebenarnya mereka ni jeles tengok kau bebas ke sana sini tnpa sebarang komitmen..kau boleh balik kampung jumpa mak ayah bila bila masa je kau nak..kau boleh nk shoping apa yang kau suka..sebab xde orang nk kontrol kau. lepas tu ko bebas nak kua lepak dengan sesiapa pun sb xde orang nak cemburu gn kau smpai call byk kali kan....
dan lagi satu... diorang cemburu sebab kau lg byk masa terluang utk kau berbakti dekat ibu dan ayah...diorang xboleh. Sebab ad komitmen keluarga sendiri dan mertua.hahaha.padan muka. sape suruh kahwin awal kan.

lagi satu orang yg suka bising bising kat kau pasal kawin ni diorang ni xde otak...cakap xberasaskan ilmu agama. sb kalau diorang ni ada ilmu, iman di dada utuh..mereka tidak akan persoalkan 'Kerja Allah"..betul x?

wada tulis ni bukan untuk sedapkan hati
tapi tu lah hakikat masyarakat sekarang ni
asal xkahwin lg...cakap xlaku
asal membujang smpai tua...dikata kan terlalu memilih
kadang kdang orang xtahu..
apa sebab seseorang itu masih tidak bernikah
kemungkinan :
1. Mungkin dia sakit - samada penyakit zahir / batin / kena sihir orang (siapa tahu kan)
2. Masalah keluarga - masih berat tanggungan keluarga menyebabkan seseorang itu putuskan utk tidak berkahwin aal
3. masalah kewangan
4. ramai kawan tapi xtahu kenapa belum pernah kekal
5. jodoh tu kan rahsia.xpayah tanya sebab apa lambat.

makanya, xperlu gundah gulana mempersoalkan Rahsia Itu Kan...sebab kita pun xtahu samada kita berkahwin dgn manusia dulu ke atau berkahwin dengan kematian terlebih dahulu...
dan kita yang dh berkahwin ni pun..belum tentu jodoh kita akan berpanjangan..sesetengah ada yg smpai di pertengahan jalan, bercerai..sebab masa depan, kita sndiri tidak akan tahu apa yang akan berlaku..semua nya Menjadi rahsia

oleh itu,SABAR. Rezeki itu ada. cuma Lambat Atau Cepat Sahaja. jika orang tanya, Bila Lagi?
maka jawablah " saya pun xtahu samada saya akan berkahwin dengan manusia ke atau berkahwin dengan kematian terlebih dahulu "...agak deep pulak kan kalau jawap mcm ni kan..haha..

seeloknya jawablah sebegini " Bila Allah berfirman " Kun Fayakun" yang membawa maksud " maka jadilah ia"...in Sya Allah. Kad jemputan sampai ke tangan anda suatu hari nt"

win x jawapan ni.kan kan kan

makanyaaa....

"Think Positive. Positive Thinking Lead u for Better Life"

Abaikan anasir anasir negative itu. Biarkan anasir itu berlalu pergi bersama sama orang yang Negative.

percaya pada Janji Allah.

" Setelah Susah, akan datangnya Kesenangan "

Jadi, sabarlah

Kerna Janji Allah itu Pasti. Tiada Yang MUstahil.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...