Tuesday, July 5, 2016

Tentang Aku Part 19 : Aku Bukan Despredo

sedar xsedar...ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita
baru je rasa minggu last start puasa
pejam celik pejam celik
esok dah raya..tapi hari ini aku masih lagi di office
ohhh...tersangatlah xde mood
buka radio...lagu raya berkumandang..lagi lah bertambah sedih
nasib diri berstatus bujang..xpe lah kasi change la kakak kakak opis balik kampung awal kan..

tahun ni rasa xberapa nak best
dengan terawih pun on off ...kadang balik kerja letih lepas berbuka tersadai kt katil...sedar2 pukul 3 bagi
time ramadhan laa tender banyak masuk kan...
haishh semua duniawi semata mata

dan bulan ramadhan ni juga dikejutkan dua perkara yang amat perit tuk ak telan

first...kawan baik sdri buat hal
agak rasa terhina juga bila sedar diri tiada siapa boleh accept setelah dia melakukan kesilapan yang mengaibkan diri
dan fikir aku kawan baik...boleh accept diri dia
ALLahu Rabbi...
hina sangatkah aku smpai nk kutip sisa orang
maaf sahabat..dosa kau, wajib kau bertanggung jawab
bukan biarkan begitu sahaja
maaf aku xleh nk accept kau sebagai seorang suami
sb ak hanya anggap kau seorang adik sahaja
tak lebih dari itu...salah tetap salah bro.

kedua...masih diserang oleh bini ex opismate aku
ya Allah...apa lagi lah minah ni..xhabis habis nak tuduh ak rampas laki dia
ak dah xtau nak explain macam mana lagi dah supaya dia faham
yang aku xde pape hubungan pun dengan suami dia..aku hanya rakan sekerja
nothing special affair between us...
ingat bila ak dah resign dr company tu..jauh dari mereka
dah xkena serang lagi...rupanya attack lagi

sebenarnya...aku sendiri xtahu dan xnak ambil tahu pun apa masalah diorang laki bini ni..yang aku tahu perempuan ni cemburu buta..mungkin terlalu sayangkn suami
takut kehilangan suami.. sayang tu xsalah kak...mmg wajib sygkn suami sendiri tp kawal lah cemburu buta tu...

punca kena serang?
aku resign mengejut dari compny tu
bukan sebab masalah ni..tp ak kena balik, mak perlukan perhatian aku
actually xde la mengejut pun...bg notis sebulan dah..cuma xde siapa yg tahu pasal perletakan jawatan aku...
jd xsemua tugas yg buat dulu fully handover kt staff sana
jadi si suami text ak.." jannah, softcopy CAD Drawing corner 2A ko simpan mana...ak dah geledah semua folder xjumpe pun"

aku just reply " pi kt cad drawing folder > phase 2 > MARCH 2016. ada dalam tu"

So si suami td reply "ok tq. bye.assalamualaikum"

'bye.waalakumussalam"

Hanya kerana wassap sebegini...aku diserang bertubi tubi dengan minah ni
adohaiiii...celah mana la message aku yg mana menyebabkan mereka bercerai????
siap nak fail kan kes ke atas aku dibawah akta jenayah syariah
aku gelak je baca message perempuan ni

kelakar. lagak gaya macam dia bijak pandai.
rupanya ada sikit lah bodoh nya..opss sory.

dalam message dia...dia cakap yg aku ni teman hidup laki dia dh tiga tahun.
what???hahahahaahahaa
sakit perut aku gelak

aku kenal suami dia baru setahun...
celah mana datang tiga tahun.
aku kalau xkerana amanah yang ak pikul...aku xmau pun bergaul dengan lelaki

kisahnya begini
aku bukan kerani cabuk seperti perempuan ni cakap
bukan nak berlagak laaa...tp aku xsuka cara perempuan ni bercakap seolah pekerjaan kerani ni hina sangat
kerja halal apa..xperlu nak hina
kau pun bukan bagus sangat...setakat ad diploma jer...xpayah lah nk berlagak sombong sangat ( sengaja je aku panaskan hati dia...sb maybe dia baca kot entry ni)

aku bukan kerani
jawatan aku lagi tinggi dari laki kau
cume beza gaji kitorg..sebab pengalaman xsama..
yelaa baru tiga tahun pengalaman kerja...masih cetek..masih perlu digali lg pengalaman. position aku sangat penting ...sb kalau xde aku...macam mana company nk dpt duit project..jd bila dah nama pun orang penting bukan setakat laki dia je aku deal....dengan semua staff..termasuk lah pekerja indon kat site tu...sume aku mesra tapi ad lah batasannya..mesra atas dasar kerja..bukan nya dok merenyam gan laki dia

yalaaa..xleh nak salahkan minah ni...sebab dia xfaham corak kerja construction macam mana...orang ad diploma, wartawan NST je pun...mane tahu sangat..cuma pandai bercakap jaaa...wartawan kan...itu je yang dia pandai..putar belit cerita itu mmg kepakaran mereka..kot..haha.

jadi..bila laki dia kena transfer masuk site aku
boss keluarkan arahan pada aku supaya aku assits laki dia
part of drawing phase 2
drawing dr consultant memang messy gila..byk detail yg xissue..ad yang kena follow phase 1 tp xde black and white instruction dr consultant
so...laki dia incharge phase 2..bersama dengan seorang lg RC supervisor
means bukan aku deal dgn laki dia sorang..sume RC supervisor..kalau ad masalah berkaitan dengan drawing..ak jumpa dan discuss dengan aku

kat site tu..aku dgn sorang kakk ni je yang bujang
jadi memg la selalu stayback kt site office smpai pukul 10 11 malam
sebab banyak sgt kerja..sampai xcukup tangan nak buat..hari hari stress kerja
jd bila petang..mmg staff laki lain ajak aku kua makn bersama gn diorng
sebab ak ad kereta...senang la diorng nak menumpang..so bagi ak xde masalah kan kua makan lepak mamak bersama gn diorang..bukan berdua tapi ramai ramai..ad la dalam 5 hingga ke 8 orang...kadang ak sorang je perempuan...kalau kkak opis ak ad..dia pun join sekali..dan boss aku (site agent) pun turut serta lepak mamak makan roti canai..selesai makan memasing balik opis..dan continue kerja masing masing
xde masa lah nk duk merenyam gn laki orang
kerja aku menimbun nimbun...xde istilah la nk bersenang lenang
celah mana la aku nak pi merenyam gn laki orang

aku ni bukan desperate sangat nak kawin
sampai laki orang aku nak kacau
xde faedah pun...
ad reason kenapa aku x kawin lagi
bukan sebab ak xlaku...
ada ja orang nak kat aku tapi aku tolak
sebab ak xnak buat orang tunggu aku

aku ada tiga hajat untuk aku laksanakan
dua hajat yg pertama itu perlu aku laksanakan sebelum aku bergelar seorang isteri
alhamdulillah...hajat pertama dah terlaksana (xperlu ak nyatakn disini)
hajat kedua in shaa Allah menyusul tahun depan (jika ad rezeki dan diizinkan Allah)

bagi aku mereka yang dok cakap
aku ni xlaku sebab dok bergatai dgn laki orang
aku nak tanya " tang mana yang menunjukkan aku ni merenyam gn laki hangpa"?
kalau rasa message macam tu hang cakap ak dok merenyam..silakan fail kn kes kt mahkamah..kita tengok apa kata yang arif kan..

aku diam..aku xreply bukan aku takut tapi aku malas nak argue dengan orang yang bila bercakap xguna ilmu...bercakap basedon emotional..buang kredit ak ja nk melayan
sorry to say laaa....kau bukan level aku nak berdebat pasal akta jenayah ni
aku xbodoh la perempuan...dan aku xmakan dek saiko lakonan kau tuh

tiga report polis ak dah failkan..smua text message , whatssap ak dh print keluar...aku cume tunggu ap next game kau je..silap percaturan...kau yang aku heret ke mahkamah silap orang kau cari pasal...nasihat aku, ad masalah korang laki bini..slesaikan lah bersama..xperlu kaitkan dengan orang luar...masing masing cerminkan diri..muhasabah diri laa..masing masing mungkin ad salah silap...kenapa masih nak ego..pentingkan diri sdri...kalau sayangkan suami..perbaiki lah
ini tidak..x habis habis nak kaitkan orang luar yang xbersalah
tindakan bodoh anda ni bukan sahaja menyusahkan orang tp memalukan suami dan diri sdri...dan memperlihatkan kebodohan sendiri

lagi satu nak habaq...aku bukan kerani yaaa
aku seorang QS...Degree holder ok...in shaa Allah coming soon..master holder
bukan diploma holder mcm kau yang berlagak mcm diri tu pandai sangat (sorry bukan nak riak tp aku menyampah orang yg suke menghina dan mengeji perkerjaan bawahan spt kerani.bg ak jawatn bawahan ni bg sumbangan paling penting tau...xde diorang mmg xjln la sesebuah organisasi tu)

dan aku nak ingat kan
ajal dan maut, jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan
siapalah anda untuk menjatuh hukum orang tu xkawin sebab xlaku
nak berguru..berguru lah dengan orang yang sepatutnya engkau berguru
bukan nye berguru dengan encik Google
xpayah nak send link artikel memacam kat aku
hadith ni ad byk jenis...ad hadith sahih..ada hadith daif
ad hadith yg boleh kite refer ad yang x...kalau nk discuss bab hadith dan dalil sesebuah hukum..bagaimana ulama nak istimbath sesuatu hukum berdasarkan turunnya Ayat al quran...sehari xhabis untuk kau faham...free advice, pergilah berguru dgn ustazah...kau wartawan, sah sah la ko boleh je dapat contact no ustazah fatimah syahra ke ustazah siti nor bahiyah dengan senang kan
xperlu la nk refer google ni..sebab kesahihan artikel dan sumber rujukan yang kita tidak ketahui sama ad leh guna ke x...owh lupaa kau kan diploma, mana tau kan bab bab penyediaan thesis...kena ad rujukan yg sahih yaaa..no google. hihi
maaf lah kakak..bukan nak bagi kau panas hati tapi sebab mulut kau tersangat lah keji makanya aku terpaksalah berkeji dengan kau ye..

dah dah la nak libatkan aku dalam drama korang laki bini
aku malas nak melayan lah..
aku ada life aku sendiri...xkuasa aku nak involve dalam kehidupan orang lain
sekali lagi aku tegaskn
aku xde apa papa hubungan dengan laki kau
aku dah xtahu nak explain macam mna lagi supaya kau faham dan hadamkan
jadi aku dh jauh dr korang...
harap jangan lah ganggu aku lagi

u touch me..see u in court..ok?


******************************************************************
habis kisah tu
isu bab kahwin
alahaiiii...kenapa orang terlalu busybody eh nk bg ceramah bab kahwin
wada ni...bukan xnak kahwin, bukan sebab xlaku
mcm yang wada cakap td...wada ad perkara yang perlu wada tunaikan sebelum wada kahwin
orang mudah je bicara "...alah kau boleh je buat lpas kahwin nt"

xsemudah itu bro...jadi perempuan ni susah bila dia dh bergelar isteri..hak milik orang
nak buat apa apa pun terbatas. nak berbakti kt mak ayah sendiri pun perlu jaga juga hati keluarga mertua. serba salah.serba xkena. yes, mmg duit kami. kalau dapat mertua yang jenis xamik port...jenis sempoi xpe. kalau dapat mertua yang jenis xleh tengok menantu lebihkan dekt keluarga sdiri. sakit bro. kau orang lelaki ap tau. hanya pandai cakap sahaja.

bagi aku.xsalah pun mendirikan rumah di usia lewat. cari ilmu rumahtangga dulu. persiapan di masa akan datang. tp orang cakap " dah kahwin pun masih boleh belajar"
alahai...kau baru setahun jagung kahwin,,jangan nak sembang kencang sgt. cube pasangan kau buat perangai..baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

kena ingat. rezeki Allah yang tentukan
masing masing ad bahagian .
ad rezeki datang awal
ad rezeki datang lambat
ini semua perancangan Allah
siapa lah kita untk menidakkan sunnatullah
kata islam...seharusnya kamu tidak patut guriskan hati saudara islam kamu sendiri
dan seharusnya kamu tidak patut pertikaikan kerja ALLAH
ingat, ajal dan maut jodh pertemuan..tu urusan Allah
kite serah padanya berserta dengan usaha
tapi kalau dah usaha tp xdpt maknanya...masanya belum tiba
jadi sabar. usah pertikaikan kerja ILAHI

di kesempatan hari terakhir di bulan ramadhan
wada memohon kemaafan di atas segala silap dan salah wada pada anda semua
buat kakak (bini kepada bekas opismate ) maaf lah ye selama saya berurusan dengan suami puan...telah menimbul rasa cemburu puan...maaf bebanyak ye..saya ddengan suami puan hanya rakan sekerja. dan sekrang tidak lagi..saya ada life saya sendiri.jadi harapnya selepas ini xde la lagi ye serangan puan ke atas sy. sy dah terangkan dr hari puan dtg serang kt site office...saya memg xde ap ap hubungan dengan suami puan. 
dan hari ni...last saya nak cakap dan ingin menegaskan sekali lagi SAYA TIADA APA APA HUBUNGAN DENGAN SUAMI PUAN. maka dengan itu..tolong jangan libatkn saya lagi ya
sekian


**SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI**





Tuesday, June 21, 2016

Tentang AKu Part 18 : Entry Khas sempena Hari Bapa Sedunia

selamat hari Bapa Ayah
semoga Ayah sihat sentiasa dan Bahagia selalu
ini la ayah wada..
masa ni wada bawak ayah pergi jumpa doctor pakar kt setiawan lumut
ayah kurang sihat
ayah ad kencing manis darah tinggi
masih ingat lagi...sebaik sahaja jumpa doctor
wada bawak ayah makan kat chicken rice shop
ayah teringin nak makan nasi ayam
so..wada bawak ayah makan
ayah makan berselera sekali

dalam hati bermonolog..
makanlah ayah selagi ayah berselera
dulu masa kami kecik kecik..ayah bersusah payah ikat perut, kerah tenaga cari duit besarkan kami
masih ingat lagi kata kata ayah...biarlah kita nampak susah..janji anak anak ayah xkebulur xdapat makan yang sedap sedap..huk3 (sedih)
itu lah insan yang bernama ayah
xpernah lelah dalam mencari rezeki demi menyara anak-anak dan isteri

selepas makan, wada bawak ayah jalan jalan kt lumut sambil makan ABC kt jeti
hembusan angin laut sungguh nyaman dan aman sekali
ayah termenung
wajah ayah sangat suram...ada yang xkena di dalam hati ayah. PASTI.
aku cuba pujuk ayah. ayah pusing cerita
ayah tunjuk pd aku dan adik...
ayah cerita...dulu ayah kerja di sini
ayah lari dari rumah curi rantai arwah opah..sb xda duit nak mai kerja cini
ayah kerja angkut arang batu guna tokang
ayah cerita kt situ lah (seberang laut sana) ayah kerja..bawak tokang...angkut arang batu bawak ke kapal besar..bila malam..ayah lepak ditepi jeti..kadang sampai tertidur kt situ
masa tu ayah belum kahwin lagi
lama juga ayah kerja sini...bila dapat tanah rancangan...ayah kembali ke gerik

muka ayah tetap xberubah
ayah sedih.
ayah kembali muram...ayah termenung jauh
kami bergerak pulang ke rumah
dr cermin kulihat ayah mengelamun jauh..pasti ad yang membuat ayah resah
ak pergi ke sebelah ayah..adik memndu cik mieraku

"ayah..kenapa ni "
ayah memandangku ...air mata berjujur turun membasahi pipi ayah
aku lap air mata ayah

" apa salah mak..sampai mereka benci nak balik rumah. ayah rindu anak2 ayah..ayah rindu cucu. puas dah ayah tanya...apa salah mak dan ayah smpai mereka xnak balik"

aku diam menyepi. aku tiada jawapan untuk itu
aku sendiri pun xtahu apa yang membuatkan mereka marah
bukan mak ayah yang mereka benci
tapi aku..aku lah penyebab mereka enggan pulang.
kadang ak sama mcm ayah..apa salah aku dari kecik sampai besar dibenci oleh mereka

patutnya aku xperlu wujud di dunia ni
kerana kehadiran ak dlm keluarga ini
semua porak peranda
hadirnya aku dalam keluarga ini
mak ayah menderita menahan rindu yang xkunjung pulang

sepanjang perjalanan..aku mendengar bait bait luahan hati ayah
mengapa kalian hukum mak ayah sedangkan aku yang korang benci
jangan babitkan mak ayah lagi

baliklah...mak ayah rindukan kamu semua

bangun bagi aku ternampak new feeds di facebook...ucapan hari bapa salah seorang dari mereka

"SELAMAT HARI BAPA AYAH"
berserta gambar di bawah..


bila melihat wajah kedua dua dalam gambar ni..hati aku pedih
sangat sangat sakit..ya kalian sayang mak ayah
tapi kenapa seksa batin mak ayah
kenapa seksa hati dan perasaan mak ayah
dimanakan nilai SAYANG itu?

Wish tu xsalah. Kalau betul syg ayah.balik.jenguk mak ayh kat kg. Ni langsung xbalik.call pun x..orang tua kat kg menangis rindu kt anak rindu kt cucu.bru je bual gn diorg time sahur.tanya diorg..anak yang lain ad balik x... jwpan hanya tangisan. Di mana nilai sayang spt yg di wish dlm ucPan hari bapa?????
Sibuk bekerja?..itu alasan. Xkan sesaat pun xleh nak call.pi travel sana sini ad masa tp nk call berbual mak gn ayah sibuk dgn kerjA.
Kata syg ayah.syg mak.mana sayang tu?
Aku dh xsanggup dgn tangisan seorang ibu
Ak dah xsanggup melihat linangan air mata seorang ayah..
Di mana nilai syg kamu dlm ucapan hari bapa sedangkan kamu pernah lihatkah air mata seorang bapa bila merindui anknya yang xkunjung pulang?
Di mana nilai syg kamu dlm ucapan hari bapa sedangkan kamu xlihat air mata seorang suami melihat isterinya sedang uzur?

Kalau syg ayah..balik lah
Ayah perlukan sokongan anak anak
Jgn tambah derita ayah
Jgn buat ayah menangis kalau syg ayah
Ayah rindu ank ank
Ayah rindu nak main cucu

Balik lah.
Jgn smpai dua jenazah terbujur kaku baru nak balik..masa tu nk nyesal pun dah xberguna.
Aku bukan tunjuk aku anak yang baik. 
Tidak. Atas perikemanusiaan.
Yang salah sama sama betulkan
Balik lah wahai anak..ayh dan mak merindui kalian..

kalau nak marah aku...benci aku..
cukuplah hukum aku seorang sahaja
sebab ak dh lali dah biasa disakiti sejak kecil lg
 tp satu yg ku pinta
jgn seksa hati dan perasaan mak ayah lagi

kalau sayang ayah...sayang mak
pulanglah..
mak ayah rindu. teramat rindu
jangan hukumi mereka disebabkan dendam kalian pada aku
jika ingin ak pergi dari keluarga ini...aku akan pergi
tapi janji dengan aku..jangan seksa lagi hati dan perasaan mak dan ayah
jangan buat mereka menangis lagi..


semoga kedatangan aidilfitri ini
kebahagiaan itu hadir dlm diri ayah dan mak
semoga ayah dan mak terus kuat
dan sihat selalu



luahan hati..insan yg bergelar adik.


Saturday, June 18, 2016

Tentang Aku Part 17 : Cinta Jahilliah

Budaya couple dikalangan orang jahil agama dah lama bertapak
since dari tahun 9o an sampai la sekrang
tapi makin hari makin menular cinta jahillyah ni

kenapa aku cakap ni cinta jahilliyah?

***************************************************

yang seluar jeans koyak couple dengan rambut perang
yang pakai spek acah acah muka jambu mcm artist korea couple dengan minah tudung singkat nampak buah
yang pakai seluar pendek couple dengan yang xbertudung
yang ni dah lama dah....
since aku belum lahir lagi cinta jahiliyyah ni dah wujud kan

tapi cinta jahiliiyah abad millenium ni dah lain
makin menular dikalangan alim ustaz uztazah ni
kenapa ya aku cakap cm tu

yang bakal ustazah couple dgn bakal ustazah
yang pakai kopiah couple dgn yg pakai tudung labuh
yang pakai serban couple dgn yang pakai purdah

konsep cinta jahiliyah tu sama je...cume beza sb ad term islamic ja
sebab nya....kalo dok message ka call ka..
inti pati perbualan more to nasihat, huraian hadith dan seangkatan denganya

nampak x tipu daya iblis dalam membinasa ank cucu cicik nabi Adam

Bro...xwajib pun ko nak berdakwah dengan kaum hawa yang bukan mahram
seblum nak dakwah pd golongan tersebut
pi dakwah kat adik kakak perempuan kau, ibu kau,isteri kau..darah daging sdri
bro..jaga ikhtilat dalam berdakwah
silap langkah, iblis tunggu point je nk binasakan iman kau

sebab tu
banyak je kes orang warak..rajin solat ..ad ilmu agama tp mengandung ank luar nikah..sebab? kengkonon acah nak couple cara islamic dgn niat nak ubah si hawa kembali ke pangkal jalan

bro..soal yang melibatkan peribadi, melibatkan hati
perlu hati hati 
sebab itu islam mengharam couple
walaupun niat nak berdakwah
nak bimbing pasangan
couple tu bukan caranya
tapi nikahi dia!!

********************************************************

cinta jahiliyyah
banyak dah buat kaum hawa hilang pedoman
sebab ap?

lebih meratapi kehilangan cinta pkwe nya
smpai xde rasa kecewa pun bila hilangnya cinta dia pd Allah Taala

bila clash je... "saya dah xde sesiapa dah selain awak "

"oit cik kak..tak cukup ke Allah bagi kau hidup?
ke Allah memang dah xde langsung dalam hati kau?
kembalilah pada Allah
Allah Sentiasa Ada
kenapa perlu claim kau dh xde sesiapa
fikir dengan mata hati
selama ni siapa bg kau bernafas
selama ni siapa bagi kau rezeki
selama ni siapa yg bagi kau kebahagiaan?
then for what u say dat...u have nobody except ur boyfriend?"

jangan jadi bodoh. boyfriend kau tu xjamin pun leh bawak ko masuk syurga.
tapi Cinta Allah itu Cinta yg Paling Suci
dan Janji Allah tu pasti

bila berpisah dengan kekasih hati
kenapa mesti nak bunuh diri

"oit cik kak...kau xfikir ke betapa payahnya mak kau ngandungkan kau kehulu ke hilir bawak kau dalam perut smpai sakit pinggang..sakit betis bengkak kaki...
nak tahan conctraction yg sakitnya tuhan sahaja yang tahu...smpai terkencng terberak..lepas tu kuar kau..dah xcukup tido berjaga malam layan karenah kau..
senang senang je kau nk end up hidup kau dgn bunuh diri..betapa selfish nya kau!!..kau bukan zalim terhadap diri kau sendiri...tapi kau zalim dengan ibu yang melahirkan kau...jap nak tanya
bunuh diri tu boleh jamin kau masuk syurga terus kah?
neraka tempat nye woii..

jangan jadi bodoh. kerana cinta jahillyah manusia jadi bodoh
  
kekasih kau sedap sedap menikmati kegembiraan kau pulak yg seksa diri..humban diri ke neraka tu buat apa
patut kau bersyukur berpisah dgn kekasih hati kau

sebab ap perlu syukur pulak?

sebab Allah dah save kau dari noda..dari dosa
couple tu cinta jahillyah
baik jauhkan...faham x?

lupakan dia? aku xkuat beb..


Tahajjud lah.. sebab tahajjud tu ubat kuat kau
dan Allah xkan uji hamba dia diluar kemampuan hambanya
Allah uji perpisahan ini sebab dia tahu kau kuat
jadi dia uji..uji sebab sayang...sebab nk selamatkn diri kau dari dosa


kau boleh cakap..sebab kau xrasa apa yang aku rasa..apa yang aku lalui

yes..memang ak xrasa buT
sesungguhnya Allah lebih mengetahui ap yang berlaku
Allah lebih memahami apa yang kau rasa
balik lah pada dia
sesungguhnya Allah maha pengampun, Maha penyayang lagi Maha pengasih

kejar cinta Allah
Allah akan bagi yang terbaik utk kau
ingat!!
Janji Allah Pasti


******************************************************
Cinta  jahillyah..senjata iblis paling halus dlm binasakan anak cucu cicik nabi adam

Nampakkan betapa liciknya permainan iblis

makanya..jangan terpedaya ya.







Tuesday, June 14, 2016

Tentang Aku Part 16 : Kerna Aku Seorang Pendosa

**Hati Yang Layu**

di anatara tanda hati berpenyakit adalah
tak rasa pape pun bila melakukan dosa

di antara tanda hati dah mati
bilamana dirinya mempertahankan sungguh sungguh dosa yg dilakukan

dan Tanda hati kau hitam
bila mana ko xdapat nak bezakan mana baik dan mana buruk
sehingga perkara yg baik kau anggap ia buruk
dan perkara  buruk itulah yang baik

tanya pada diri...bagaimana hatimu?

** Resah dan Gelisah**

pernah tanya x pada diri...

kenapa ya bila terbangun lambat pergi kerja
kite dah gelabah nak mati..bangun terkocoh kocoh pergi bersiap
tapi kenapa ya bila terlmbat bangun subuh
kite boleh wat wat rilek wat peace je kt tmpat tido
lepas 5 minit ke 5minit
last last subuh gajah kau...

kenapa bila dapat notification wassap/facebook.twitter
laju je kita buka...laju je kita reply
tapi bila masuk waktu solat...lemau je badan nak dirikan solat
facebook hari hari kita online
tapi kenapa kita xboleh "online " mengaji al quran setiap hari

kenapa kite begitu resah dan gelisah lambat lakukan urusan dunia
tp bila berurusan dgn perkara akhirat mcm seolah tiada apa apa yang berlaku

kenapa ya?

** Maksiat itu mcm coklat cadbury..menyedapkan tapi xhalal**


pernah dengar x
sekali kau dah buat maksiat...kau ketagih
kau rasa nak buat lagi..buat..dan terus buat
sebab maksiat itu xkan puas...malah bertambah haus..
kau gian nak buat..

sebab tu..jangan sesekali libatkan diri dengan maksiat
sb maksiat xkan selamanya puas..malah bertambah menggunung dosa kau
jangan biarkan diri kau dibelengu jahiliah
terus terusan mencampkkan dirimu dilembah maksiat

jadi.JANGAN BUAT MAKSIAT.

** Sempat ke nak Bertaubat **

ibrah yang aku dapat dalam perjalanan ke ampang utk menjemput adik, kakak dan abg ipar

3th June 2016, 5.45pm

alam sekeliling gelap..menandakan hujan aku turun xlama lagi
setelah siap menghantar tender..
perlahan lahan ak memandu kereta ku menuju ke ampang
fikirku..hujan ni hujan biasa je ni
boleh redah lagi ni
sebaik turun dari MEX Highway..di persimpangan bukit jalil
hujan semakin lebat mencurah membasahi bumi
alam sekeliling putih..langsung bayang bayang bangunan tidak kelihatan
jalan sesak dipenuhi kereta dan lori
sesekali abg abg motor kelihatan
kilat sambung menyambung
angin kuat...xpernah ku lihat angin sebegitu kuat

hpku berbunyi
dapat message dr abg ipar..
"hati hati..kat ampang ribut..dok line tengah..kalau boleh stop dulu..tunggu ribut reda"

jantung ku dup dap dup dap
angin diluar sana makin kencang..dedaun pokok dan ranting kayu berterbangan menampar dinding kereta...
bunyi bising diluar kereta
SubhanaAllah..hujan batu
dalam hati ni tuhan sahaja yang tahu betapa cuaknya aku...
nak stopkan perjalanan tapi xboleh..kereta ku ditengah tengah highway
aku hanya follow kereta di hadapan ku
angin smakin kuat ..tiada tanda tanda ia akan reda
aku semakin takut..air mata berjujur turun membasahi pipi kuih pau ku
saat ini..aku hanya terbayangkan saat kematian ku

sudah sampaikah ajalku?
ya Allah..Sempat ke aku nak bertaubat lagi ni
solat ak diterima ke x
Allahu...banyak sungguh dosa aku
adakan kau ampuni segala dosaku..

aku menangis...
mulutku tidak henti henti menyebut subhanaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar
semakin laju ku berzikir semakin galak air mata ku berderai

sungguh aku takut
berada di ambang kematian
lagi menambah gerun..keretaku bergoyang kuat disapa angin ribut
seolah olah mahu terangkat dan mengikuti pusingan angin

ya Allah..aku sungguh takut saat ni
ku terbayangkan dua kesayangan ku di kampung
ya Allah...andai saat ajal ku sampai
biarlah aku habis dipangkuan ibu bapaku
aku menangis

ak mengerakkan kereta ku perlahan lahan
air semakin memenuhi jalan
angin xhenti henti meniup
pokok di selekoh jalan mula bergoncang kuat
debushhh!!!
Allahuakhbar...mahu tercabut jantung ku
kereta dihadapanku dihempap dahan pokok
aku panic..terus menangis

abg abg motor berhenti
memberi bantuan utk alihkan dahan pokok
ak masih panic
sorg abg motor memberi isyarat pd kereta lain agar aku dapat mengundur kebelakang
kagum melihat abg abg motor sanggup berhujan membantu mengalihkan dahan pokok
aku bergerak perlahan lahan meninggalkan tempat kejadian

Allahuakhbar
suatu pengalaman yang amat sukar utk aku lupa hingga hari ini
masih terbayang bayang saatku diambang maut..

ibrah yang aku dapat
jangan tunggu nak mati baru nak bertaubat
mati xtunggu kau sempat ke x bertaubat
bila mana Allah berfirman 'Kun Fayakun"
maka izrail lantas mencabut nyawa kau..


** INGAT MATI **

hari ni kita lupa tentang MATI
tu yang akhirnya hati kita banyak kali mati

** TAHAJJUD ITU UNTUK JADI KUAT**

bilamana badan kau lemah xberdaya
akibat penangan dek masalah yg datang tnpa diundang

itu tandanya kau perlu bangun untuk bertahajjud

Allah turunkan musibah dekat kau
sebab dia rindu
rindu nak lihat kau bertahajjud dgn dia di sepertiga malam


Friday, June 10, 2016

Tentang Aku Part 15 : Ilmu Buat Bakal Isteri

Alhamdulillah.... Masih diber peluang untuk bernafas di Hari JUmaat pertama di bulan ramadhan
udara pagi segar...mengiringi perjalanan ku menuju ke tempat kerja
teringat telatah ibu dan ayah
semakin hari semakin manja denganku
alhamdulillah...syukur padamu Ya Rabb atas kasih syg ini
melihat senyuman yang terukir di wajah mereka membuatkan aku senang dan tersenyum bahagia..

mmg benar lah orang kata..
kebahagian yg sebenar adalah kasih sayang yg tulus ikhlas

hati tersenyum senang melihat mereka bahagia
cuma ad perkara yg masih terngiang ngiang diminda ku

" selagi kamu tidak bernikah..hidup mak xtenteram..tidur malam mak xlena memikirkan kamu..kalau boleh mak nak tengok kamu bernikah..baru mak boleh pergi dengan aman"

terkedu. sebak ...aku mendiamkan diri

hati berbicara " mak..bukan saya xmahu bernikah. saya belum puas bermanja dengan mak dan ayah.. saya belum puas berbakti pada mak dan ayah...saya belum puas nak enjoy dengan mak ayah...maafkan saya mak, anak dara mak masih belum bersedia tuk bergelar isteri. kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main main... anak mak belum cukup ilmu lg utk pikul tgjwb sorg isteri, seorang menantu dan seorang ibu...anak mak masih jahil lg mak...izinkan anak mak menimba ilmu rumahtangga dahulu ya.... in shaa Allah, jika Allah izin..mak sempat tengok anak mak ni mendirikan rumah tangga"

hanya mampu bermonolog sendirian..
untuk diluahkan dengan kata kata
aku xmampu...hanya mampu merenung keluar jendela kereta....

teringat aku pada suatu artikel yang dikarang oleh Abu Basyer dalam FBnya. Jazakallahu Khairan kathira Abu Basyer. dalam artikel beliau menceritakan tentang keperibadian seorang isteri...apa yang perlu seorang isteri itu buat dan apa larangan seorang isteri perlu hindari. sedikit perkongsian ilmu buat bakal ister spt aku utk diambil tahu dan memahaminya satu persatu.

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Walaupun wanita mudah masuk syurga kenapa pula wanita ramai di neraka sebagaimana Nabi SAW melihat ketika Israk dan Mikraj.
"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dimuliakan,Walaupun banyak jalan-jalan kebaikan boleh dilakukan dan memudahkan wanita memasuki syurga Allah SWT, tetapi terdapat beberapa halangan terpaksa dihadapi oleh para wanita . Jika wanita tidak mengambil perhatian serius dan tidak berwaspada halangan, dugaan dan cabaran dikhuatiri wanita akan terjebak melakukan dosa dengan itu mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka (nusyuz).
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut adalah di antara ciri-ciri atau tanda-tanda isteri derhaka:
Pertama : Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya." Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.
Kedua : Suka menyakiti hati suami.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Hadis Riwayat Muslim)
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: 'Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami'." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Biasanya apabila seorang wanita (isteri) memegang jawatan yang tinggi daripada suaminya, mempunyai keluarga yang berharta atau sebuk memegang jawatan di dalam masyarakat akan wujud sifat riak dan bangga diri. Suaminya dipandang sepi dan sukar untuk diberi nasihat. Bila dirumah sifat menjadi "bos" ketika dipejabat akan terbawa-bawa dirumah dengan ini sifat menghormati suami akan hilang dan jadilah dia seorang isteri yang derhaka.
Ketiga : Menerima kedatangan seorang lelaki dirumah tanpa izin suaminya.
Suasana di akhir zaman ini kadangkala pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita tanpa batas. Wanita muslim terbawa-bawa sikap wanita barat yang bebas bergaul walaupun mereka sudah menjadi isteri seperti keluar makan bersama ditempat kerja, keluar membeli belah dipasaraya dan membawa kawan lelaki datang kerumah dengan alasan membincangkan urusan perniagaan atau aktiviti masyarakat.
Akibat daripada pergaulan bebas tanpa had ini amat mudah boleh mengakibatkan wanita (isteri) berlaku curang kepada suaminya di luar rumah.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya perlulah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .
Keempat : Keluar rumah tanpa izin suami.
Maksud firman Allah: “Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya.” (Surah an-Nur ayat 31)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali." (Hadis Riwayat Thabarani di dalam al-Awsat)
Wanita sering keluar rumah dengan berhias, berwangi-wangian dan berpakaian tanpa menutup aurat yang sempurna. Terdapat kebanyakkan wanita muslim tidak menjaga aurat ketika keluar rumah. Suka memakai seluar jean, berbaju kemeja T-lengan pendik, tudung tiga segi yang nipis dan kecil dan berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh mereka. Walaupun suaminya mengizinkan isterinya memakai pakaian tersebut (tidak sempurna berpakaian menurut Islam) darisegi akhlak islam suami dan isteri tersebut akan mendapat dosa disisi Allah SWT.
Kelima : Meminta cerai daripada suami.
Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Dalam kes meminta cerai kepada suaminya, seorang isteri dibenarkan sekiranya terdapat beberapa sebab yang di benarkan syarak seperti suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin, suka memukul isteri dan menyuruh isteri melakukan perkara yang haram. Isteri boleh mengadu pada mahkamah syariah di atas perbuatan suaminya dan boleh menuntut fasakh. Jika isteri sudah merasakan tidak bersesuaian untuk hidup bersama suaminya dia boleh juga mengadu di makhamah syariah untuk Tebus Talak iaitu memberikan beberapa sejumlah wang sebagai tebusan kepada suaminya untuk dia diceraikan.
Tetapi dalam kes suami hendak berpoligami dan suami berkemampuan ketika ini isteri tidak ada hak untuk meminta cerai . Ini adalah kerana hukum berpoligami telah termaktub di dalam al-Quran dan ianya di halalkan oleh Allah SWT. Jika suaminya telah pun berkahwin lain tanpa pengetahuannya dan jika dia memaksa suaminya mencerikan madunya dia akan mendapat laknat Allah dan berdosa besar. Suaminya akan menjadi dayus apabila mengikut telunjuk isteri pertama dengan mengabaikan isteri keduanya.
Jalan sebaik-baiknya isteri pertama perlulah bertolak ansur dan janganlah mengikut nafsu amarah dan membelakangkan hukum agama. Jika kalian bersabar dan menerima kehadiran isteri kedua dengan hati yang tenang dan terbuka dan berfikiran positif ganjaran yang akan kalian terima cukup besar disis Allah SWT. Jika kalian bertindak secara melulu tanpa di dorong oleh iman dan takwa berdasarkan hadis di atas tidak akan masuk syurga isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.
Keenam : Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW terlihat wanita yang mengagumkan baginda. Kemudian baginda mendatangi isterinya (iaitu Zainab r.ha) yang sedang membuat adonan roti. Lalu baginda melakukan hajatnya (berjimak dengan isterinya). Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan (mengajak kepada hawa nafsu). Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya. (Hadis Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Baihaqi)
Sahabat yang dikasihi,
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya pihak isteri supaya enam ciri-ciri yang boleh mendatangkan derhaka (nusyuz) dapat dielakkan.

Jika reda anak datang daripada reda ibu bapa maka reda isteri datang daripada reda suami. Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di neraka . Kalian pilihlah mana yang terbaik kerana ahli hikmah ada berkata : "Wanita yang cerdik adalah wanita yang sanggup mengorbankan sedikit daripada perasaannya dan bersusah payah di dunia semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat. " Wallahualam
ISteri...nampak macam mudahkan untuk bergelar seorang isteri...tp bila aku duduk sendirian..ak sering bermonolog...mampukah ak jadi seorang wanita soleha
mampukah aku jadi seorang isteri yg taat pada perintah Allah, yang taat dan hormat pada suami
mampukah aku jadi seorang menantu yang baik dan menghormati mertua
dan mampukah ak menunaikan tgjwdku sbg sorang ank dengan seadil adilnya
jawapan.... Aku masih belum bersedia utk bergelar seorang isteri
byk lg ilmu yang perlu aku gali...
buat mak dan Ayah...percayalah pd ketentuan Allah swt
in shaa Allah...hajat mak dan ayah tuk melihat saya berumah tangga akan tercapai...cuma saya xpasti bilakan perkara itu akan berlaku...biar masa dan keadaan yang menentukan segalanya...

       **************************************************************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...