Friday, December 25, 2015

Tentang Aku Part 1 : Hidup ini tidak Seindah Yang Dimpikan

Assalamualaikum..hai semu ^_^

dah lama rasanya xupdate pape kt blog ni.sampai dah berhabuk tebal... *lap lap cikit habuknya..hihi
mungkin dah ramai yg xbaca blog dh kan..zaman kegemilangan berblogging kian suram lately ni kan..
wada bukan xnak active berblogging..tp kekangan masa menyebabkan wada xsempat nk update pape..tp bilamana dah lama xberblogging..rasa cm xbest plak..yelaa kalau dulu, bila wada sedih ke, gembira ke atau pape yg berlaku disekeliling wada kongsikan di sini..yelaa, xsemua perkara perlu wada ceritakan kt kawan2  dan keluarga.lgpun mereka bukan ada masa pun nk dgr luahan kita dan kadang2 mereka bukan faham pun ap yg kita luahkan..hanya angguk angguk geleng-geleng kepala..paling kuat pun " sabarlah wada, kuatkan semangat". sb tu wada suka menulis. dengan menulis, wada lebih tenang, sekurangnya ap yg terbeku di dada diluahkan di blog. jadi, posting pertama untuk tahun 2015.. walau pun tinggal bpe ari je lg nak hbis thun 2015
wada nak update "tentang Aku Part 1"...amboiii..smpai ber part part pulak kan...haaaa gittewww..haha

Tentang Aku Part 1 : Hidup ini xseindah yang dimpikan

"Perjalanan Hidup Seorang Quantity Surveyor"

Alhamdulillah....pejam celik pejam celik dah tiga tahun wada berkecimpung dalam dunia construction..segala pahit manis semua dah telan..rasa macam baru semalam sahaja graduate dari IIUM.cepatkan masa berlalu.masih wada ingat suatu ketika dulu..wada pernah ckp kt kawan baik wada, fazlina nama dia " aku, dah grad nanti, aku xnak la jadi QS.teruk kot kerja..aku nak jadi cikgu"
kawan aku (Fazlina) cakap " ala jan, rugi laaa...4 tahun kot kita pecah kepala belajar QS, xkan la nak lari bidang, sayang tu "

itu cerita 4 tahun yang lepas kalau aku xsilap..hahaha..dalam xnak jd QS..last last smpai sekarang aku masih bergelar seorang QS..apa citer plak hajat nk jadi cikgu tu??
"bukan rezeki wada sbg seorang guru..sebab dh tertulis pun dalam hidup Wada, bahawasanya wada adlh seorang QS"

begitulah hidup kita. hidup ini xseindah yang kita impikan.
ibarat ombak yang menghempas pantai. sering mengubah pantai.kadang kadang lurus, ada masa bengkang bengkok. begitulah jua dgn hidup kita. kita dah plan elok elok, tp tanpa izin Allah, mgkin ada sedikit ujian yg terselit dlam usaha kita merealisasikan impian kita.

Alhamdulillah.. Wada bersyukur dgn rezeki yang wada kecapi hari ini ^_^




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...