Sunday, March 30, 2014

Negative itu Lemah, Positive itu kuat

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

daripada intipati hadith diatas, cik wada huraikan serba sedikit yang cik wada faham..
bila bercerita tentang ujian dan dugaan dari Allah Taala..setiap manusia di dunia ini mempunyai ujian yang berbeza..bergantung kepada tahap keimanan seseorang tu utk hadapi ujian tersebut..ada yang diuji dalam bentuk kesusahan hidup...xkira lah samada kemiskinan, kebuluran, tiada pekerjaan dan seumpama denganya
ada juga hambanya yang diuji dari segi kemaksiatan,,,sebagai contoh, terlibat dalam masalh khalwat, ditangkap basah, atau pun terlanjur...
dan ada juga diantara hambanya diuji dengan kemwahan, rezeki yang melimpah ruah dan akhirnya mereka menjadi takbur dan bongkak dgn kekayaan yang mereka miliki...

yang membezakan adalahnya bagaimana penerimaan hambanya terhadap setiap ujian yang mereka terima dari Allah Taala..
bagi mereka yg melihat ujian itu pada pandangan mata...maka byk dikalangan kita sering menyalahkan takdir..tidak dapat menerima ketentuan yg Allah Taala telah takdirkan untuk mereka
bagi mereka yg melihat setiap ujian yang diterima dari sudut positive, mereka akan menerimanya dgn penuh sabar tanpa mempersoalkan kenapa sesuatu perkara itu terjadi....dan mereka adalah dari golongan yang benar2 beriman kepada Allah Talaa, percaya bahawasanya semua yang terjadi itu adalah Qada' dan Qadar Allah..

Ujian dan dugaan itu adalah tanda kasih dan sayang Allah terhadap Hambanya...
Allah uji kita dengan pelbagai kesusahan, ksedihan..kerana Allah ingin mendengar rintihan suara hambanya mengadu...
Allah rindukan suara hambanya meminta-minta kepadanya...begitu indahnya cinta Allah kepada hambanya..tapi sayang, manusia sering melupakannya..sering berjauhan dariNya..oleh kerana sayang lah, Allah turunkan ujian kepada hambanya sebagai tanda peringatan dan pengajaran buat hambanya..agar mereka sedar bahawa Allah itu maha Mengetahui dan Menyayangi hambanya...

berdasarkan pengalaman cik wada sendiri..sememangnya agak sukar untuk bangkit kembali setalah diuji dgn kesusahan dan kesedihan..semmg nya dulu cik wada terlalu jauh dgn Allah SWT..walaupun solat 5 waktu tetapi diri masih tertanya-tanya kenapa aku xpernah merasakan bahagia, knpa aku diuji sebegini...dan kenapa dan terus kenapa?sehingga cik wada pernah merasakan ingin bunuh diri ...rasa dah xmampu sangat  nk hidup...
tapi syukur Alhamdulillah..Allah masih sayangkan kita...
jika kita melihat sesuatu yang terjadi dr sudut negative, maka kita akan lemah, kita tidak redha dgn ujian Allah ke atas kita..tetapi sebaliknya jika kita melihat sesuatu yang berlaku itu dari sudut yang positive..insyaAllah ganjaran yg hebat menanti kita kelak...
Alhamdulillah..diri cik wada bukanlah selemah yang dulu...
ramai yang tanya bagaiman cik wada mampu hadapinya....
senang sahaja caranya...kembalilah pada yang asal, beriman kepada rukun iman..insyaAllah, selemah2 hambanya pasti akan kuat jika kita sentiasa berfikiran positive...

mmg cik wada akui..mmg mudah untuk berkata-kata, tapi bila bab untuk melaksanakannya amatlah sukar..
sebenarnya yang menjadi sukar itu adlh mainan emosi kita...jika terlalu ikutkan perasaan kita akn lemah dan tewas...dan bila diri dlm kekecewaan itu lah saat syaitan mula menghampiri kita, mula menghasut dan akhirnya kita melakukan sesuatu yg xsepatutnya...betol x?
jadi...apabila diri kita diuji oleh Allah Taala...jgn mudah putus asa..perbanyakkan doa kpd Allah Talla agar kita diberi kekuatan untuk menempuhinya..sesungguhnya Allah amat suka pada hamba yg sering meminta-minta kepadanya...xperlu lari daripada kenyataan hidup...sebaliknya hadapilah ia dengn senyuman dan keredhaan..insyaAllah dirimu pasti menemui kebahagian yg sebenar-benarnya...insya Allah...


sentiasalah pujuk diri..ujian itu tanda Allah sayangkan kita..
insya Allah u'll be fine...ok?

dan sebaik baik ketenangan dan kebahagiaan itu adalah dengan memberi kemaafan dan melupakan kesalahan tersebut..

sekian, salam ukhwah fillah dr cik wada
hepy2 sokmo ^__^V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...