Thursday, November 29, 2012

La tahzan part 1


EPILOG
Lewat petang…
Hujan yg turun membasahi bumi seolah2 turut menemani kesepian dan kesedihan seorang ibu tua…
Selebat lebat hujan membasahi bumi selebat itulah mutiara putih berguguran di pipi kedut ibu…
Wajahnye sungguh sugul…jelas terpancar seribu penderitaan yg ditanggung olehnya…
Entah kenapa hari itu banyak perkara membuatkan beliau sedih…
Persoalan demi persoalan menyinggah di fikirannya…
Terlalu kuat ujian dariNya yang xmampu ditanggung olehnya…
Anak anak kian melupainya…
Makin lama makin kuat perasaan benci anak anak terhadap diri…
Apakah dosa si ibu tua itu sehingga kan die dihukum sedemikian…

Aku berjalan dengan perlahan merapati ibu tua itu…
Tanpa dia sedar aku memeluknye dari belakang…
Smbil mulutku mencium ubun2 rambutnya….
Dalam hati ku berbisik.. “sungguh tabah wanita ini..”

“ibu sayangkan semua anak anak ibu….
Apa dosa ibu mereka buat ibu sedemikian rupa…
Ibu tahu ibu xpandai didik anak…
Semua kesilapan itu ibu yang menanggung nya…
Anak yang ibu sayang yang ibu sanjung sanggup memaki hamun ibu…
Apa salah ibu nak?”

Esakan demi esakan..terhinjut hinjut bahu ibu menahan sebak
Hatiku bertambah pilu melihat kesedihan ibu…
Tp tidak ku tunjuk kesedihan itu
Aku hanya mampu mendengar setiap keluahan dan luahan hati ibu….
Aku tidak tahu bagaimana mahu memujuk ibu yg sedang kesedihan hati…
Terlalu banyak perkara hitam dlm hidupnya…
Dari kecil sehingga la sekarang…jiwanya terseksa menanggung derita

Dia tidak pernah meminta dilahirkan untuk menanggung derita sedemikian rupa..tetapi  takdir Ilahi telah menentukan suratan hidupnye dipenuhi liku-liku penderitaan..nak atau tidak, terpaksa jua dia tempuhi semua ini dengan hati yang redha…


“zah, kau dah semua padi yg aku tinggal td”…suara mak Peah kedengaran memecah kesunyian tengahari itu
“sudah mak” jawab azizah sambil melepas penatnya di muka pintu.
Percikan peluh membasahi wajah anak dara sunti itu…
Sepatutnya di usia sebegini sewajarnya dia pergi menuntut ilmu disekolah..akan tetapi disebabkan kesusahan keluarga terpaksa la jua dia membanting tulang 4 kerat di sawah padi untuk menyara dia sekeluarga…ayahnya telah lama mengadap Ilahi sewaktu dia masih dalam kandungan ibunya..
Mengharap kasih ayah tiri jangan dimimpi…sumpah seranah menjadi makanan harianya…
“hah..yang kamu temenung kt tepi pintu tu kenapa?! Nasi dah masak belum…kang adik kau kebulur xmakan balik sekolah nanti !” lamunannya terhenti pabila jeritan Mak Peah singgah ke cuping telinganya.
Pantas dia bangun dan bergerak ke dapur. Inilah rutin hidupnya. Menjelang dinihari, dia bersiap siap untuk pergi menorah getah. Usai sahaja menorah, dia membantu ibunya di sawah padi. Pulang dari sawah, dia menyibukkan dirinya di dapur untuk menyiapkan juadah tengahari untuk santapan keluarganya. Kakak sulungnya hanya tahu bersenang lenang dirumah tanpa melakukan sebarang kerja. Adik adiknya pula masih lg bersekolah. Entah kenapa dirinya dilayan seperti anak tiri sedangkan dia dilahirkan dr perut ibu yang sama…
Bukan dia tidak pandai, pernah ditawarkan ke sekolah asrama penuh dgn bantuan biasiswa kerajaan negeri, akan tetapi hasratnya tuk sambung belajar ditolak mentah2 oleh Mak Peah. Alasannya tiada siapa nak membantu di kampung. Akhirnya, impian nya itu terkubur begitu sahaja.
Tanpa disedari, manik2 mutiara jernih meleleh keluar dr kelopak matanya…
Rasa sedih, sebak di dada tuhan sahaja yang tahu betapa perit hatinya menanggung kelukaan. Tiada siapa dapat memahami apa yg bergelojak di dalam hatinya.

Usai sahaja menyediakan juadah tengahari dia melabuhkan dirinya di tikar mengkuang tuk melepaskan lelah seketika…matanya terpacak merenung bumbung rumah yg sedikit usang…
Kedengaran riuh rendah adik adiknya yang pulang dr sekolah sedikit pun tidak menarik minatnya untuk bersama mereka. Dia lebih suka bersendirian di dalam bilik. Akhirnya dia terlena di situ.


” bertuah punya budak…kat sini rupanya kau duduk…kerja dah selesai ke semua? Sedap benar kau tido!bangun!! lembu kat kandang tu bila kau nk bawak pi meragut? Nak tunggu senja baru nak pergi?!”
Jeritan Mak Peah membuatkan dia tersentak dari lenanya…dia merenung jam yang tersangkut di dinding..ia telah menunjukkan jam 3.30 petang…dengan lemah longlai dia mencapai tuala yang tersangkut di jendela biliknya..perlahan lahan dia mengatur langkah menuju ke sungai..kesejukan air sungai membuatkan diri nya menjadi segar..hilang segala kepenatan yang di alaminya sebentar td.. dia mula bersiap2 untuk pergi mengembala lembu…

Dia tersenyum bahagia lembu-lembu peliharaannya makin membesar dengan sihat nya…
Dalam hati dia berbisik “ kalau dijual lembu ni pasti tingi harganya..boleh duitnya aku simpan dan guna untuk keperluan ak nanti”..
Tanpa disedari gelagatnya di perhatikan oleh seseorang…
Lama Azizah tersenyum keseorangan…barulah wanita tua itu menghampirinya seraya berkata
“amboi cucu tok teh ni, dr tadi dok senyum sorang2…perkara apa yang mencuit hati kamu ini?”
“eh..tok teh, bila tok sampai…zah xsedar pun hehehee..”
“hai…mana la nak sedar kalau dalam kepala tu dah sampai ke jepun” jawab tok teh sambil tersenyum
“ala tok teh ni…mana ada..hehehe”
“mana boleh xde pape…kalau dah tersengih macam keram busuk tu mesti ad pape kan?..dah ad buah hati ea?
“ish tok teh ni…ke situ pulak fikirnya…zah seronok tengok lembu2 ni tok, sihat2 semuanya…zah berkira-kira kalau dijual lembu2 ni pasti lumayan harganya “
“hermmm…..” tok Teh mengeluh panjang
“kenapa tok, zah salah cakap ke?”
“ntah la cu…tok kasihan melihat kau ke sana sini buat keje…sedang kakak dan adik2 kau bersenang lenang kat rumah tu..”
“biarlah tok..nak wat mcm mana…dah nasib saya sebegini…saya terima je lah”
“sepatutnya anak dara mcm kamu ni dok umah je…ni sume keje orang laki laki”
Azizah diam membisu. Dalam diam dia mengiakan apa yang diungkapkan oleh tok teh.tp apakan daya dia xbisa melawan semua itu. Takdir telah menentukan dirinya diperhambakan oleh ibu kandung sendiri..
Memikirkan ketidak adilan kasih saying yang dicurah oleh Mak Peah..hatinya sentap…gelora amarahnya membuak buak dalm dada…seboleh2 nya dia mahu lari dr sini. Tidak ingin lagi dia berpatah balik ke tmpat ini yang dianggap neraka bg dirinya. Tp dia hanya mampu bermimpi di siang hari..dia xmampu berbuat demikian.kesempitan hidup buat dia terpaksa keras kan hati untuk tinggal di sini.

Tok Teh membiarkan azizah melayan perasaannya. Dalam hatinya dia sangt bersimpati nasib yg melanda cucu perempuannya itu. Dia cantik. Tak sesuai untuk dirinya melakukan semua kerja kerja ini. Hati tok teh berbisik sendirian.

*************************to be continued...hehehee....***********************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...